Soalan:Apakah ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang sibuk di lewat malam menyediakan makanan untuk bersahur kepada orang lain? Ketika orang lain berada di masjid atau di bilik masing-masing menunaikan tahajjud, mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk orang lain terlalu sibuk untuk menunaikan perkara-perkara tersebut. Sesetengah daripada mereka mungkin sempat untuk menunaikan beberapa rakaat solat bersendirian, akan tetapi mereka tentu sekali akan terlepas untuk berjemaah dan mereka tidak akan dapat bersolat sebagaimana orang-orang yang disediakan makanan. Sudah tentu orang yang menyediakan makanan tidak akan dapat beri’tikaf di dalam masjid – tetapi akan memberi makan kepada mereka yang beri’tikaf.
Dijawab oleh Sheikh Sulayman al-`Isa, profesor di Universiti al-Imam, Riyadh Mereka yang terhalang daripada menunaikan sembahyang malam disebabkan mereka terpaksa menyediakan makanan sahur akan menerima ganjaran yang sama seperti menunaikan sembahyang. Sebetulnya, mereka mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih hebat untuk diri mereka atas tugas yang mereka tunaikan kepada mereka yang bersolat.
Terdapat
bukti dalam Sunnah mengenai ganjaran ini. Antaranya, Anas meriwayatkan yang berikut:
Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu pengembaraan (safar). Sesetengah daripada kami memilih untuk berpuasa di manakala yang lain memilih untuk menahan daripada berpuasa (berbuka) memandangkan kami sedang mengembara (bersafar). Pada hari yang sangat panas, kami berkhemah di satu tempat. Mereka yang berpuasa benar-benar letih dan tidak mampu untuk melakukan apa perkara. Mereka yang memilih untuk tidak berpuasa mendirikan khemah dan memberi minum binatang.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Mereka yang menahan diri daripada berpuasa mendapat ganjaran pada hari ini.”
[Sahîh al-Bukhari (2890) and Sahîh Muslim (111)]
Dalam pada masa yang sama, orang yang menyediakan makanan sahur di bulan Ramadhan perlu melakukan apa yang terbaik untuk menunaikan solat di malam hari – walaubagaimanapun ringkas.
Sekiranya mereka di kalangan orang yang menunaikan solat secara berjemaah, mereka perlu cuba untuk sekurang-kurang berwitir bersama-sama imam di masjid, dalam usaha untuk mendapatkan ganjaran bersolat sepanjang malam – yang datang dengan menghabiskan solat dengan imam.
Dan Allah Maha Mengetahui. Artikel asal di
islamtoday.comTerjemahan oleh Ariff.Arifin (http://life-verses.blogspot.com)