السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

..designing your dreams..

Friday, November 2, 2007

Mari Bersama Mereka....


Berikut adalah sebahagian daripada amanat

Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia.

Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen
"Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS".
(Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr. Khalil)

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekalian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006

Tuesday, October 23, 2007

'Aid Mubarok

'Aid Mubarok !

Semoga Ibadah Ramadhan kita diterimaNya
dan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

Aidilfitri ini..
kembalinya kita kepada fitrah..
fitrah kita adalah bersih dan suci dari segala noda dan dosa.
Teruskan dan istiqomahlah dalam beramal
dengan amalan mulia kita ketika Ramadhan.

Mudah2an rahmat Allah sentiasa bersama kita
dalam usaha kita mengekalkan fitrah suci.
Ameen..

Salam Aidilfitri

Mohon Ampun dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua
atas segala kesilapan dan keterlanjuran.

Salam Sayang,
" Seni Puteh 2007 "

Sunday, October 7, 2007

Orang yang menyediakan sahur mendapat pahala yang sama seperti orang yang solat?



Soalan:

Apakah ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang sibuk di lewat malam menyediakan makanan untuk bersahur kepada orang lain? Ketika orang lain berada di masjid atau di bilik masing-masing menunaikan tahajjud, mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk orang lain terlalu sibuk untuk menunaikan perkara-perkara tersebut. Sesetengah daripada mereka mungkin sempat untuk menunaikan beberapa rakaat solat bersendirian, akan tetapi mereka tentu sekali akan terlepas untuk berjemaah dan mereka tidak akan dapat bersolat sebagaimana orang-orang yang disediakan makanan. Sudah tentu orang yang menyediakan makanan tidak akan dapat beri’tikaf di dalam masjid – tetapi akan memberi makan kepada mereka yang beri’tikaf.

Dijawab oleh Sheikh Sulayman al-`Isa, profesor di Universiti al-Imam, Riyadh

Mereka yang terhalang daripada menunaikan sembahyang malam disebabkan mereka terpaksa menyediakan makanan sahur akan menerima ganjaran yang sama seperti menunaikan sembahyang. Sebetulnya, mereka mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih hebat untuk diri mereka atas tugas yang mereka tunaikan kepada mereka yang bersolat.

Terdapat bukti dalam Sunnah mengenai ganjaran ini. Antaranya, Anas meriwayatkan yang berikut:

Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu pengembaraan (safar). Sesetengah daripada kami memilih untuk berpuasa di manakala yang lain memilih untuk menahan daripada berpuasa (berbuka) memandangkan kami sedang mengembara (bersafar). Pada hari yang sangat panas, kami berkhemah di satu tempat. Mereka yang berpuasa benar-benar letih dan tidak mampu untuk melakukan apa perkara. Mereka yang memilih untuk tidak berpuasa mendirikan khemah dan memberi minum binatang.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Mereka yang menahan diri daripada berpuasa mendapat ganjaran pada hari ini.”
[Sahîh al-Bukhari (2890) and Sahîh Muslim (111)]

Dalam pada masa yang sama, orang yang menyediakan makanan sahur di bulan Ramadhan perlu melakukan apa yang terbaik untuk menunaikan solat di malam hari – walaubagaimanapun ringkas.

Sekiranya mereka di kalangan orang yang menunaikan solat secara berjemaah, mereka perlu cuba untuk sekurang-kurang berwitir bersama-sama imam di masjid, dalam usaha untuk mendapatkan ganjaran bersolat sepanjang malam – yang datang dengan menghabiskan solat dengan imam.

Dan Allah Maha Mengetahui.

Artikel asal di islamtoday.com

Terjemahan oleh Ariff.Arifin (http://life-verses.blogspot.com)

Sunday, September 23, 2007

Jika Kita Merindukan Syurga..



Saudaraku,


Marilah kita perkuatkan dan pertahankan semangat serta kesungguhan kita untuk memperbanyakkan amal di bulan Ramadhan ini. Bulan ini, adalah bulan dibukanya pintu-pintu syurga.


Seperti sabda Rasulullah SAW :


"Jika masuk bulan Ramadhan, dibukalah pintu-pintu langit",

dan dalam riwayat yang lain, "dibukalah pintu-pintu syurga".


Apakah kita menginginkan keindahan syurga yang disediakan Allah kepada hamba-hambaNya yang beruntung? Yang belum pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik dalam hati? Dapatkah kita membanyangkan tempat tinggal penghuni syurga yang dibangunkan oleh Allah dengan tanganNya sendiri berbentuk istana yang bahan bangunannya adalah batu bata emas dan perak sebening kaca? Buah-buahannya lebih lembut dari keju, lebih manis dari madu. Sungai-sungainya mengalirkan susu, madu, arak yang tidak memabukkan, air jernih yang tidak berubah rasanya. Keindahan wajah penghuninya bagaikan bulan di malam purnama, belum pernuh tersentuh oleh jin dan manusia, yang selalu tersenyum dan mengucapkan kalimat yang menyenangkan pasangan mereka. Makanan dan minumannya adalah hidangan istimewa yang tidak dapat dibayangkan kelazatannya. Tilam dan permaidaninya adalah tilam tebal dan sutera halus. Gelas dan piringnya diperbuat dari emas dan perak...


Sungguh...

sebuah janji yang tak pernah diingkari oleh Yang Maha Rahman. Apalagi jika Allah menyingkap tirainya. Subhanallah..dan terlihatlah wajahNya Yang Mulia sebagai nikmat teramat agung bagi hamba-hambaNya.


Saudaraku,


Bila kita termasuk dalam golongan orang yang menginginkan syurga, sesungguhnya tiada "pemburu Syurga" yang terlelap istirehat dan banyak tidur di bulan ini. Ketahuilah, bahwa Syurga saat ini telah tercipta dan ada sebagaimana disebutkan dalam al-Qur'anul karim..


"Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat (Jibril dengan rupanya yang asli) dalam waktu yang lain. (Iaitu) di Sidratil Muntaha. Didekatnya ada Syurga tempat tinggal"

(An-Najm : 13 - 15)


Rasulullah SAW bersabda, di dalam Syurga terdapat 8 pintu. Diantaranya adalah pintu Ar-Rayyan yang diperuntukkan untuk orang yang berpuasa. Seorang wanita yang rajin solat 5 waktu dan berpuasa, lalu meninggal dunia ketika suaminya redha, maka dia akan dipersilakan untuk masuk ke Syurga dari mana-mana pintu yang dia sukai. Pintu-pintu syurga akan sentiasa terbuka , orang yang solat akan masuk pintu solat, yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad, dan yang bersedekah akan masuk dari pintu sedekah (HR Bukhari Muslim).


Luas dan lebar pintu Syurga seperti jarak pengendara tercepat selama 3 hari, jarak antara satu pintu dengan pintu lainnya seperti Makkah dan Busyra (Muttafaqun 'Alaih)


Mudah-mudahan kita termasuk orang yang mengimani adanya Syurga dengan segala sifatnya, dan berupaya memburunya. Semoga kita termasuk orang yang menyedikitkan tidur untuk membayar maharnya.


Bulan ini... adalah kesempatan paling besar untuk masuk Syurga.


Saudaraku,


Solat adalah lebih baik dari tidurmu..

Bersusah payah di bulan ini adalah lebih baik dari bersantai-santai dan berangan-angan. Siapa yang menginginkan "dagangan" Allah, harus mengetahui bahawa dagangan Allah itu mahal nilainya.. Dan dagangan Allah itu adalah SYURGA.


Renungilah firmanNya dalam surah al-Insan : 13 - 21.


Dipetik dari buku "Kubisikkan Untukmu : Renungan Mutiara Hati di Bulan Suci" - Tarbawi Press


Monday, September 10, 2007

Wanita haid boleh pegang dan baca al-Qur'an?


Oleh : Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramadhan apabila didatangi haid. Ini kerana apabila mereka didatangi haid, mereka tidak boleh berpuasa, tidak boleh bersolat – khasnya solat tarawih dan tidak boleh membaca al-Qur’an. Lalu apakah yang boleh mereka amalkan agar hari-hari Ramadhan tidak berlalu begitu sahaja ketika mereka didatangi haid?


Penulis menjawab, kalian boleh membaca al-Qur’an ketika haid. Jawapan ini secara automatis dibalas dengan soalan: “Bukankah wanita yang didatangi haid dilarang daripada memegang dan membaca al-Qur’an?” Soalan ini memerlukan jawapan yang panjang lagi mendalam. Berikut adalah jawapan penulis tentang hukum sebenar bagi wanita memegang dan membaca al-Qur’an ketika didatangi haid, sama ada di bulan Ramadhan atau selain Ramadhan.

Pertama: Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur’an.


Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.
Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:


Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.

[al-Waqiah 56:79]

Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1]

Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.


Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:


Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80][2]

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3]


Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.


Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.


Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’.


Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:


Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]


Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.


Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.

Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an.

TOP

Kedua: Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur’an.


Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.[4]


Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha‘if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[5]

Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas.


Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[6]


Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:

1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.

2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.


Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[7]

Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.


Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub.


Mendengar itu Rasulullah bersabda:


Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis.[8]


Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.


Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):[9]

Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur’an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya.
Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.

Kesimpulan:


Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:


Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[al-Baqarah 2:1-2]


Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.


-------------------------------------------------------------------------------------------


[1] Sahih: Hadis daripada ‘Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Itihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld. 1, ms. 77-82.


[2] Ayat yang sama ini juga digunakan oleh mereka yang berpendapat wajib berwudhu’ sebelum memegang al-Qur’an, baik bagi lelaki atau wanita. Berdasarkan penjelasan yang sama di atas, dapat diketahui bahawa tidaklah tepat untuk menggunakan ayat ini sebagai dalil wajib berwudhu’. Oleh itu yang benar adalah, boleh memegang dan membaca al-Qur’an sekalipun tanpa berwudhu’.


[3] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi‘in sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut), jld. 5, ms. 463-464.


[4] Dha‘if: Hadis daripada ‘Abd Allah ibn Umar radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Daruquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya dha‘if. Shaikh al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain manakala Badri ‘Abd al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.


[5] Majmu’ Syarh al-Muhazzab (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).


[6] Lihat Majmu Syarh al-Muhazzab jld. 2, ms. 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an….”).


[7] Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld. 1, ms. 38 (Bab permasalahan adab-adab wudhu’).


[8] Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – hadis no: 210.


[9] Majmu al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 26, ms. 191. Lihat juga pembahasan Ibn Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut), jld. 1, ms. 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).

Wednesday, September 5, 2007

Dah bersedia nak sambut Ramadhan?




أهلا وسهلا يا رمضان



Dalam menyambut Ramadhan, Rasulullah SAW telah mempersiapkan diri baginda sejak bulan Sya'aban. Baginda menyambut Ramadhan dengan pelbagai persiapan; persiapan dari sudut fizikal dan mental.

Rasulullah SAW... bagindalah figur terindah dan terbaik dalam sejarah penciptaan manusia. Mengapa tidak kita contohi insan yang terbaik ini dalam setiap tindak-tanduk kita..?

Dari sudut persediaan fizikal

1. Rasulullah SAW mempersiapkan dirinya dengan memperbanyakkan berpuasa sunat. Sebahagian ulama' berpendapat bahawa berpuasa di bulan Sya'aban itu ibarat latihan untuk menghadapi puasa wajib di bulan Ramadhan. Hal ini agar seseorang itu tidak merasa terbeban dengan puasa Ramadhannya kerana telah terbiasa dengan ibadah ini di bulan sebelumnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah ra : beliau berkata, Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengira baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengira baginda tidak berpuasa. Kami tidak melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya sebulan penuh selain Ramadhan. Dan kami tidak melihat baginda berpuasa lebih banyak selain bulan Sya'aban."

(HR Imam Bukhari)


2. Rasulullah SAW juga mempersiapkan dirinya dengan bacaan al-Qur'an. Membaca al-Qura'an di bulan Sya'aban akan menghilangkan karat-karat dosa beberapa bulan sebelumnya sehingga hatinya kembali bersedia menerima petunjuk dan cahaya al-Qur'an di bulan Ramadhan.



Allah berfirman:




Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalah mereka yang jika disebut nama Allah, gementarlah hati mereka; dan jika dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimanan mereka keranya dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal.



(al-Anfal : 2)

Dari sudut persediaan mental

1. Rasulullah SAW sering menyebut-nyebut kelebihan Ramadhan dengan segala amalan yang dituntut untuk melaksanakannya sejak Rajab dan Sya'aban.



Rasulullah SAW bersabda di akhir Sya'aban :


"Wahai manusia, bulan yang agung telah menaungi kalian. Bulan penuh berkah yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai amalan wajib dan menetapkan qiamullailnya (solat tarawikh) sebagai sunnah. Barangsiapa yang bertaqarrub kepadaNya dengan suatau kebaikan (amalan wajib), ia bagaikan melakukan 70 kali amalan wajib di bulan lainnya. Bulan itu adalah bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga. Ia adalah bulan berderma, bulan yang di dalamnya rezki mukmin ditambah. Barangsiapa memberi makanan berbuka kepada orang berpuasa, maka hal itu akan menjadi pengampunan bagi dosa-dosanya, menjadi pembebasnya dari api neraka, dan akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikit pun....



(HR Imam Ibn Khuzaimah)



2. Apabila masuknya bulan Rajab, Rasulullah SAW sering memperbanyakkan doa.


Doa baginda :


"Ya Allah, Berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya'aban dan berkahilah kami di bulan Ramadhan."



(HR Imam Ahmad)


Marilah sama-sama kita berlumba mengejar kebaikan..






Al-Qur'an Miracles

Miracles1


Miracles2


Miracles3


Miracles4


Miracles5


Miracles6


Miracles7

Tuesday, September 4, 2007

Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah?





Oleh: Al-Ustaz Dr Fathi Yakan








Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduanya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan.



Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.



Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:


Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.


(an Nisa’ 165)





Dan firman Allah maksudnya:


Dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu


menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.


(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini:


“biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba,

kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai

dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.


2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret kepada kematiannya dalam keadaan dia tidak menyedarinya.


3. Duduk di hadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru. Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa. Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan

malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu

hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka,

mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang,

beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi

antara mereka ada puak yang menjual akhlak

dan agama mereka dengan habuan dunia.

(hadis riwayat Ahmad)



Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.



Amin ya rabba al 'alamin.

Friday, August 24, 2007

Pencinta Al-Qur'an

"Siapa yang membaca Al-Qur'an,
mempelajarinya dan mengamalkan isinya,
maka pada hari kiamat dia diberi mahkota dari cahaya,
yang sinarnya seperti sinar matahari,
dan kedua orang tuanya diberi 2 helai pakaian yang
tidak mampu dipakai di dunia.
Kedua orang tuanya itu bertanya,
"Mengapa kami diberi pakaian ini?"
ada yang menjawab,
"kerana anakmu membaca Al-Qura'n".

(HR. Al Hakim)

Thursday, August 23, 2007

5 Kesalahan Dalam Berdoa..

Manusia....
Sangat memerlukan sandaran yang dapat memberikan kekuatan kepada dirinya pada saat dia lemah. Ketika segala kekuatan di luar dirinya tidak mampu lagi menunjang dirinya dan ketika semua jalan keluar terasa tertutup baginya.
Pada saat seperti itu tiada jalan bagi manusia untuk mententeramkan diri, menenangkan hati, dan menjernihkan fikirannya selain hanya mengadu nasib dan keadaannya kepada Yang maha Mutlak mengatur dan menentukan jalan hidupnya. Dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Mutlak ini adalah dengan meminta, memohon dan berdoa.
Walaubagaimanapun, permintaan dan doa kita kepada Allah seringkali tidak berfungsi sebagaimana seharusnya, padahal kita merasakan telah melakukannya di banyak waktu dan kesempatan.
Mungkin....
Penyebabnya kerana kita melakukan banyak kesalahan ketika meminta. Diantara 5 kesalahan dalam kita berdoa dan meminta kepada Allah Taala adalah....
1) Tidak sabar menunggu jawapan

2) Tidak bersungguh-sungguh

3) Cepat bosan dan merasa cukup dengan apa yang telah dilakukan

4) Meminta ketika sedang perlu sahaja

5) Pesimis dan berburuk sangka


Rasulullah SAW mengajar kita berdoa dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :
" Ya Allah, berilah kami hidayah, ketakwaan, kesucian dan kekayaan "
Allah menyuruh kita meminta kepadaNya. Dia pasti akan memberi.. Kita hanya perlu memahami apa yang seharusnya kita minta, dan mengajukannya kepada Allah dengan cara yang benar.
- Tarbawi. Edisi 157 Th. 8

Monday, August 6, 2007

المعلم

Al-Mu’allim Album :
Al-Mu’allim Munsyid : Sami Yusuf

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we?ve shamed ourselves
We?ve strayed from Al-Mu’allim,
Surely we?ve wronged ourselves
What will we say in front of him?
O Mu’allim…

Chorus

He was Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.

Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi’i ya Muhammad(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi’al ‘Alamina(O Chosen One, O intercessor of the worlds)

He prayed while others slept
While others ate he?d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu’allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,O Mu’allim..

Chorus

Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi’i ya Muhammad(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad(O warner O Muhammad)
‘Ishqu Qalbi ya Muhammad(The love of my heart O Muhammad)
Nuru ‘Ayni ya Muhammad(Light of my eye O Muhammad)

He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Chorus

Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi’i ya Muhammad(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi’al ‘Alamina(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Thursday, August 2, 2007

Apakah itu sebabnya??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka....
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab yg zahir.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...
cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba Allah sebagai sebabnya..."
*****************************************
hmmm..jika begitu kisahnye untuk manusia, bagaimana dengan perasaan 'cinta' kita kepada yg Maha Esa? apakah kita cintakan Allah hanya kerana Dia telah memberikan kita tangan? atau sekadar Dia telah berikan kita anggota tubuh yg sempurna?
tidak dinafikan, kita perlu mengangkat kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab utamanya...maka bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh Allah? adakah terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu? atau bagaimana dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir dari hati...bukanlah dari akal yg sentiasa lari....
Dipetik dari ahas.multiply.. tq

Saturday, July 28, 2007

Cinta Tersulam Redha

Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…

Jam 8.00 malam
‘Yang mana satu ek…?’‘Yang itukan?’..‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’
‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.
‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku.

Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….
Bila ada keindahan,Yang mewujud utuh..Dalam seluruh dimensi..Dan menyentuh utuh..Sepenuh rasa di jiwa,Itulah detik ijab qabul..Selamanya..Indahnya nyata..insyaAllah.

"Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.
‘Tak sempat lagi tengok muka dia’‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’
Wafa’ masih tersengih memerli.
‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.

…Aduhai…Akhawat yg ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.
Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.
Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali.

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.
Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…

‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima’ dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.
Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yg cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.

Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.
ustaz….Ukhti…Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alas an untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok ukht, ana undur dulu…‘iffah : ok, jaga diri ..Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)‘iffah..insyaALlah. . wassalam..Thariq :wslm wr wbt..
Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,dalam kesedaran cinta ilahi,sebagai sebenar-benar cinta.
Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…

Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….kala cinta bertanya pada cinta..imanlah jawabnya..

Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?
Di sini teduh hadir kukuh,Di kelopak cerah segala bunga,di pucuk-pucuk hijau segala rasa..
Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.
Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….

‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..kecuali pada cintaMu..ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..kecuali pada kasihMu..Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..tertambat kukuh hanya padaMU..Aku mohon redha atas segenap keputusanMukesejukan setelah matiku..kenikmatan memandang wajahMu..dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’

- Dipetik dari Dakwah.info

Thursday, July 26, 2007

Mustahil kita mampu hidup tanpa istighfar..

"Istighfar dengan lisan adalah kebaikan meskipun diucapkan di luar kesedaran. Ia lebih baik dari ucapan lidah tentang keburukan orang lain atau pun kebaikannya." (Imam Al Ghazali)

Sunday, July 22, 2007

hadis

Hadis Pertama

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :

" Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' Hadis KeduaDari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. Hadis Ketiga " Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya :

' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. " Hadis Kelima " Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "

Armsleeves

Armsleeves
Code : AA1 (RM 15.00)

Code : AA2 (RM 15.00)